Antara 10 Tips kewangan yang mudah & bermanfaat sesuai diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira pangkat dan darjat adalah seperti berikut;

Buat bajet bulanan menggunakan sistem sampul-asingkan setiap penggunaan
duit menggunakan sampul sejurus selepas menerima gaji

Tanamkan dalam diri sendiri supaya tidak bermewah seperti membeli atau tambah kereta baharu.

Berhutang adalah sesuatu platform yang boleh membuatkan diri kita susah atau bahagia. Tahukah anda hutang mempunyai
dua jenis? Iaitu Hutang Baik dan Hutang Jahat. Sama-samalah kita mencipta hutang baik seperti membeli hartanah dan disewakan
serta mendapat pulangan dan mencipta aset harta.

Tips ini berkaitan dengan penggunaan bil telefon bawah RM50 sebulan. Terlalu banyak operator rangkaian ataupun Telco
yang menawarkan pakej atau pelan yang murah, berpatutan tetapi berbaloi.
Pemilihan ini adalah sesuai dengan penggunaan semasa kita dalam melakukan kerja atau tangungjawab harian.

Pembayaran melalui tunai ini bermaksud berbelanja mengikut kemampuan. Kita akur dengan ekonomi semasa ini penggunaan tanpa
tunai sedang berkuatkuasa seperti e-wallet, kad debit, payment kad, paywave, prepaid payment, dan pelbagai saluran bukan tunai ditangan.
Harus diingatkan walaupun apa-apa medium tanpa tunai itu tidak semestinya kita bebas membuat pembelian dengan sesuka hati.
Penggunaan tanpa tunai ini adalah alat yang perlu kita menyediakan terlebih dahulu wang di dalamnya.

Wujudkan tabung. sebagai contoh, Tabung kecemasan berwarna merah, tabung utiliti berwarna biru,
tabung pendidikan berwarna Emas, tabung melancong berwarna hijau. Bagi tabung pendidikan digalakkan membuka atau
menyediakan tabung simpanan SSPN-i Plus di www.sspni.online/daftar supaya memudahkan masa depan pendidikan anak-anak terjamin.
Kerana SSPN merupakan tabungan yang selamat dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Dengan tips mengurangkan berbelanja yang tidak penting seperti window shopping (membeli belah tingkap) atau membeli belah yang
bukan barangan keperluan. Sebagai contoh, membeli belah yang merapu iaitu pantang melihat jualan kilat (Flash/shoking Sale)
terus disambarnya melalui atas talian atau online shopping.

Sentiasa ada matlamat untuk meningkatkan pendapatan bulanan dengan membuat kerja secara part-time, bisnes kecil-kecilan secara atas
talian atau menyertai Dropship. Pemilihan kerja part-time juga perlu membuat kajian supaya tidak terlibat dengan
jenayah penipuan cyber(scammer)

Kurangkan makan di restoren mewah, makan di kedai hipster, mahal atau makanan segera. Tidak kiralah sama ada makan di kedai/restoren tersebut
ataupun delivery. Membudayakan sediakan bekal atau memasak sendiri adalah lebih jimat dan menyihatkan tubuh badan kita.

Merekod secara konsisten setiap wang masuk dan wang keluar harian dan bulanan supaya membolehkan kita membuat audit atau forensik kewangan
kita. Pelan dan laksanakan amalan mencatat ini terbukti memudahkan urusan ekonomi rumah tangga.

Awas! Skim cepat kaya adalah pelaburan yang menguntungkan pihak yang menganjurkan saham tersebut. Kegiatan ini adalah
salah disisi undang-undang dan rakyat Malaysia tidak termakan dengan janji kosong ditawarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab tersebut.

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan atau ingin mengetahui tips atau nasihat kewangan dengan lebih lanjut,
sila hubungi saya di talian 0129529017 bagi khidmat nasihat percuma.

P/s: Saya akan memberi hadiah e-book berkaitan tips kewangan dan cara urus wang secara PERCUMA setelah cukup 100 orang pertama join telegram ini. Saya akan maklumkan melalui telegram ini. Silakan join dan jemput semua rakan anda dengan tenang hati ke
channel kami klik di sini >> https://t.me/MudahnyaMenabung <<

Jumpa Di Sana!!