Ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan kewangan adalah antara topik yang selalu diketengahkan dari sejak kecil lagi. Namun, masih terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang sukar membuat simpanan yang mencukupi. Lagi-lagi di waktu wabak Covid yang melanda dan seterusnya melembabkan lagi ekonomi dunia, masih lagi ambil mudah dengan amalan penting ini. Ini faktor mengapa dan cara penyelesaian dari SSPN.
1️⃣ Faktor – Simpanan Tiada Matlamat
Kesan – Simpanan banyak tetapi habis digunakan dalam masa yang singkat untuk tujuan tidak bermanfaat kerana tidak meletakkan matlamat tertentu untuk setiap tabung atau simpanan yang dibuat.
Penyelesaian – Simpan di SSPN adalah bagi tujuan pendidikan anak-anak. Boleh juga disimpan bagi tujuan dana kecemasan kerana ia dijamin kerajaan dan memberikan pulangan yang tinggi serta konsisten. Simpanan adalah mudah melalui pelbagai saluran dan semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 64 tahun boleh membuat simpanan.
2️⃣ Faktor – Simpan Berlebihan
Kesan – Individu mudah berasa bosan. Konsep yang betul adalah sedikit (atau mengikut keperluan kewangan) tetapi di simpan secara setiap bulan
Penyelesaian – Simpanan SSPN mempunyai pilihan simpanan bulanan serendah dari RM30 hingga RM300 sebulan mengikut keperluan kewangan masing-masing.
3️⃣ Faktor – Hanya Simpan selepas berbelanja
Kesan – Tidak mempunyai Wang lebih untuk buat simpanan kerana telah dibelanjakan dahulu
Penyelesaian – SSPN menyediakan kemudahan simpan dahulu baru berbelanja melalui simpanan secara tetap dan bulanan melalui Potong Gaji dan Direct/Auto Debit.
4️⃣ Faktor – Tidak Percaya Produk Kewangan
Kesan – Bertangguh-tangguh untuk menyimpan kerana tidak menjumpai pelan simpanan yang sesuai
Penyelesaian – SSPN adalah simpanan patuh syariah yang dijamin kerajaan. SSPN sentiasa mendapat sokongan dari kerajaan di mana simpanan di SSPN layak menuntut pelepasan cukai pendapatan. Pelbagai insentif dan geran dari kerajaan juga disediakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia menabung untuk pendidikan.
5️⃣ Faktor – Persekitaran
Kesan – Individu dikelilingi persekitran yang tidak mengamalkan budaya menabung
Penyelesaian – Bilangan akaun SSPN yang telah didaftar sehingga 31 Disember 2019 adalah sebanyak 4.4 juta akaun. Angka yang besar ini mempunyai impak yang tinggi kepada komuniti. Jadilah sebahagian keluarga besar SSPN ini yang sentiasa menitik beratkan amalan menyimpan dari awal untuk pendidikan anak.
6️⃣ Faktor – Ilmu Kewangan Lemah
Kesan – Tidak buat bajet, gagal kawal nafsu dan mempunyai hobi yang mahal.
Penyelesaian – SSPN memberikan keistimewaan 360 darjah untuk pelbagai kategori. SSPN dilengkapi 2 asas kewangan yang penting iaitu SIMPANAN dan PERLINDUNGAN yang boleh dinikmati secara serentak. Minggu Menabung SSPN yang dianjurkan setiap tahun, sentiasa menyeru orang ramai menghayati ilmu asas kewangan dan tips-tips yang sesuai untuk mula menyimpan dan mengawal perbelanjaan.

Khas buat pendeposit SSPN sebelum tahun 2017, simpanan yang dibuat dalam tahun 2020 akan mendapat Pelepasan Cukai . Rebut lah peluang ini.
Sila Hubungi En Rasul untuk maklumat lanjut dengan klik https://sspni.online/hubungi-staf-ptptn-rasul/
One Response
Comments are closed.