Ramai ibubapa tanya saya apakah 36 Penyakit Kritikal yang dilindungi dalam SSPN-I PLUS?
.
Sebenarnya 36 penyakit kritikal SSPN-I PLUS ini telah Diluluskan oleh pihak Malaysia Takaful Association (MTA) dan telah dikendali oleh pihak HLMT sebagai takaful provider untuk memberi kelebihan kepada pendeposit bagi perlindungan takaful yang mempunyai Rider(manfaat tambahan) bagi jenis penyakit kritikal berkenaan.
.
Apakah logiknya SSPN-I PLUS perlu mempunyai perlindungan INI?
.
Logiknya, ada yang di antara kita mempunyai hutang/pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan yang perlu dibayar juga walaupun peminjam mengidap penyakit kritikal.
.
Untuk pengetahuan ibubapa,tuan/puan saya hormati sekalian bahawa pinjaman bank tersebut sebenarnya tidak mempunyai perlindungan takaful yang melindungi penyakit kritikal. Jadi, sekiranya berlaku sakit kritikal dan pinjaman bank tetap berjalan seperti biasa dan perlu dibayar dalam tempoh ditetapkan tanpa sebarang alasan.
.
Perlindungan takaful 36 jenis penyakit kritikal ini sekurang-kurangnya dapat membantu menyelesaikan sedikit masalah yang dihadapi oleh golongan ini yang mungkin kenderaannya akan ditarik oleh pihak bank, ataupun rumahnya akan dilelong atau dikenakan tindakan mahkamah dan seumpamanya.
Manfaat perlindungan penyakit kritikal juga dapat membantu bagi urusan perbelanjaan tersembunyi keluarga yang semakin bertambah seperti kos perjalanan ke hospital, ubat-ubatan, alatan dan keperluan diri pesakit atau rawatan alternatif
Boleh juga digunakan sebagai penggantian pendapatan bagi yang kehilangan pekerjaan.
.
Perlindungan takaful 36 Penyakit kritikal ini akan dibayar semasa hidup di mana pendeposit telah disahkan oleh Doktor bahawa pendeposit ini mengalami penyakit kritikal tahap 4 dan ke atas.
.
Pembayaran akan dilakukan ke akaun pendeposit mengikut pakej yang diambil.
.
Contohnya, Pakej Delima SSPN-I PLUS.
Jumlah Akan dibayar ialah RM10,000.00 dan mestilah membuat tuntutan.
.
Ianya bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
.
SENARAI 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL boleh rujuk seperti gambar di bawah ini.

LINDUNGI DIRI ANDA DAN KELUARGA, MUSIBAH DATANG TIADA SIAPA YANG TAHU. SEKURANGNYA KITA BERUSAHA YANG TERBAIK WALAU HAKIKATNYA ALLAH YANG MENENTUKAN.
.
Sekiranya masih belum mempunyai akaun SSPN-I PLUS, sila buka akaun secara online di mana-mana anda berada tanpa batasan melalui link di bawah ini.
Buka akaun SSPN-i Plus sekarang di sini 👇
https://sspni.online/daftar
https://sspni.online/daftar
#LoveSSPN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.