Jawapan:

Salam/hai,

Berjumpa lagi dengan saya En Rasul, Pegawai Eksekutif PTPTN berkod ID EJEN SSPN = 000002240.

Kali ini saya ingin membuat perkongsian berkenaan dengan student/pelajar ingin memasuki universiti atau kolej sama ada di IPTA atau IPTS. Jawapan bagi soalan nombor akaun bank ini adalah sama bagi semua peringkat.

Sejarah Dulu Tentang Nombor Akaun bank

Sebut tentang Permohonan PTPTN secara online ini ada sejarahnya tersendiri. Ayuh kita imbau kembali suatu ketika dahulu.

Dahulu terdapat pilihan Bank dalam permohonan PTPTN online. Jadi pada masa itu, pelajar boleh memilih Bank mana yang ingin dipilih dalam senarai yang telah diberikan dalam bahagian Bank Panel.

Namun begitu, sebenarnya Bank Panel hanya boleh dipilih satu(1) sahaja seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual Permohonan PTPTN. Walau banyak pilihan bank, ia tidak bermakna pelajar boleh memilih bank ikut sesuka hati.

Pada masa itu, PTPTN terlalu banyak mendapat penolakan/rejection pembayaran daripada bank. Menyebabkan pelajar tidak menerima bayaran dari PTPTN akibat dari kesalahan pilihan Bank yang diisi semasa permohonan Pembiayaan PTPTN secara online.

Tindakan pelajar seterusnya adalah pelajar perlu mengisi Borang Perubahan Maklumat dan salinan buku bank. Seterusnya, pelajar perlu menghantar borang tersebut secara fizikal ke pejabat PTPTN cawangan berhampiran bagi pengemaskinian nombor akaun bank. Pembayaran semula akan dilakukan mengikut jadual pembayaran kepada pelajar tersebut.

Bagi mengelakkan kejadian ini berlaku lagi kepada pelajar. Maka, pihak PTPTN telah membuat penambahbaikan dengan MENETAPKAN Butang SENARAI BANK hanya dipaparkan satu(1) bank panel IPT tersebut sahaja.

Oleh yang demikian, pelajar kini lebih mudah dan senang tanpa memikirkan bank apa yang perlu sediakan kerana sudah ditetapkan dalam sistem permohonan.

Contohnya, seperti gambar di bawah ini.

Paparan Kini Contoh Pelajar IPTS – University Antarabangsa Inti ; Bank Panel = CIMB

Di Manakah Untuk Kemaskini Nombor Akaun Bank?

Semasa permohonan Online PTPTN, sila pilih BUTIRAN KURSUS

Pilih “Butiran Kursus” > Isi semua butiran mengikut Surat Tawaran Belajar > Kemaskini Nombor Akaun Bank

Boleh ke Guna Nombor Akaun Bank Orang lain?

” kalau itu cimb bank bukan saya punya boleh tak “

” saya boleh guna ayah punya tak “

” sebab dia kasih satu pilih saja”

P/s: AKAUN BANK : INDIVIDU JENIS: AKAUN SIMPANAN (Bukan Akaun SEMASA)

Soalan ini banyak saya dapat dari pelajar yang bertanya berkenaan bank panel. Padahal sudah terang lagi bersuluh terma dan syarat memaklumkan akaun bank panel IPT dan mestilah akaun bank simpanan peribadi sahaja diwajibkan dalam memohon Pinjaman Pendidikan PTPTN.

Jawapan tetap sama. TIDAK BOLEH AKAUN ORANG LAIN

Apa Berlaku Jika Tidak Diisi Nombor Akaun Bank?

Jawapan: Permohonan tidak dapat disimpan dan tidak dapat dihantar. Sila pastikan pelajar mempunyai Akaun Simpanan Bank yang telah ditetapkan oleh pihak IPT seperti di dalam borang permohonan Online.

Oleh itu, Akaun Bank Adalah Wajib.

3 perkara perlu ada utk mohon PTPTN

  1. Akaun SSPN-i www.sspni.online/buka (masukkan kod Eksekutif PTPTN/ ID Ejen Sspn : 000002240 atau SSPN-i Plus di link ini www.sspni.online/daftar
  2. Akaun Simpanan Bank ikut panel IPT.
  3. Nombor pin boleh beli di BSN atau online

Nota:

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.
  9. Mempunyai Akaun Bank Simpanan Panel IPT.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.