TERMA DAN SYARAT
CABUTAN HADIAH AKHIR TAHUN SSPN
PROMOSI
- Cabutan Hadiah Akhir Tahun SSPN adalah untuk menggalakkan rakyat
Malaysia membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak di samping menikmati
pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi tahun 2020. - Promosi ini diadakan di Peringkat Negeri dan menawarkan hadiah menarik
kepada pemenang.
TEMPOH PROMOSI - Tempoh promosi bermula 19 November 2020 sehingga 31 Disember 2020
(“Tempoh Promosi”). - PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda Tempoh Promosi
ini, sekiranya perlu, tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
KELAYAKAN - Terbuka kepada pendeposit SSPN- i dan/atau SSPN-i Plus.
- Pendeposit perlu membuka akaun dan/atau membuat penambahan simpanan
dalam Tempoh Promosi. - Bilangan cabutan mengikut simpanan bersih yang dibuat oleh pendeposit sama ada dalam SSPN-i atau SSPN-i Plus atau kedua-duanya sekali.
Syarat Layak Cabutan :
a) Simpanan bersih dalam Tempoh Promosi (19 November 2020 – 31 Disember2020);
b) Tiada had cabutan (tertakluk kepada jumlah simpanan bersih); dan
c) Simpanan bersih minimum RM200 melalui semua saluran adalah layak dengan SATU (1) cabutan. - Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga 15 Januari 2021.
- Promosi ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga
terdekat (merangkumi pasangan dan anak-anak)
HADIAH KEMPEN DAN TUNTUTAN HADIAH - Cabutan Hadiah Akhir Tahun SSPN menawarkan hadiah untuk setiap Pejabat PTPTN Negeri seperti berikut;
HADIAH BILANGAN HADIAH
Pertama : TV 1
Kedua : Tablet 7
Ketiga : Air Fryer 7
Bilangan Keseluruhan Setiap Negeri 15
- Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/e-mel/panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian.
- Cabutan pemenang akan dibuat secara automatik berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.
- PTPTN berhak secara mutlak untuk menukar atau menggantikan hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang setara dengannya tanpa perlu memberi apaapa notis pertukaran tersebut.
- Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh PTPTN.
- Pemenang hendaklah bertanggungjawab ke atas apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang, jika berkenaan.
- Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah, jika berkenaan.
- Pemenang atau waris yang sah (sekiranya pemenang meninggal dunia) perlu menuntut hadiah dalam tempoh DUA BELAS (12) bulan dari tarikh cabutan.
- Pemenang atau waris dianggap telah melepaskan hak mereka jika gagal menuntut hadiah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
PERUNTUKAN UMUM - Sebagai pendeposit yang mempunyai akaun aktif, pendeposit dianggap telah
membaca,memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan
dan membenarkan butiran peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada
data peribadi untuk digunakan bagi tujuan promosi. - PTPTN berhak meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan
syarat di dalam kempen ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagian tanpa
notis terlebih dahulu. Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut adalah
dianggap mengatasi pernyataan seperti mana yang terkandung di dalam bahan
promosi pengiklanan yang berkaitan dengannya. - PTPTN berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan promosi ini
dengan atau tanpa notis terlebih dahulu dan/ atau tanpa memberikan apa-apa
sebab kepada mana-mana pendeposit. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang
pembatalan, penamatan atau penggantungan kempen ini oleh PTPTN tidak akan
memberi hak kepada mana-mana pendeposit untuk apa-apa tuntutan atau
pampasan terhadap PTPTN ke atas apa-apa dan/ atau keseluruhan kehilangan,
kos, perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung atau dialami sebagai kesan
langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau
penggantungan tersebut. - PTPTN tidak bertanggungjawab ke atas penghantaran penyertaan yang lewat,
hilang, tidak lengkap, tidak diserahkan, ditangguhkan, rosak atau salah arah sama
ada disebabkan kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, penghapusan,
kecurian, pemusnahan atau sebaliknya. - PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang
notis,sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut terma dan
syarat yang telah ditetapkan. - Penyertaan pendeposit dalam promosi ini adalah atas risiko pendeposit sendiri.
PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan,
kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut. - Segala terma dan syarat yang terdapat di dalam dokumen ini dan juga sebarang
keputusan yang dibuat oleh PTPTN berhubung kempen ini adalah muktamad dan
konklusif. PTPTN tidak akan melayan sebarang rayuan atau pertikaian melibatkan
keputusan yang telah dibuat.

Maklumat ini dikemaskini sehingga 17 November 2020
Jika ada kawan-kawan ingin membuka akaun SSPN-i boleh rekemen untuk Buka akaun melalui https://sspni.online/buka dengan Kod Eksekutif PTPTN ini 000002240 ya.
atau SSPN-i Plus di sini https://sspni.online/daftar
Sila Like👍 FB ini ya bagi menyokong saya.. https://www.facebook.com/ejenIDSSPNi000002240
Terima kasih,
En Rasul.
Dear Sir,
Would like to bring to your attention regarding my Sijil Simpanan Premium Savings Certificate.
I had purchased 101 units on 29 April 2009 my Certificates Nos. :- 555909043 to 555909143 .
Till to date i had not checked my certificates is the certificates needs to be renewed.
I had not win any prices yet, did i win any prices?
Thank You
Hi Sir,
Sorry, we do not manage Sijil Simpanan Premium(SSP).
Please refer to Bank Simpanan Nasional (BSN) for more information.
Thank you
-admin-