Makluman kepada Pelajar-pelajar yang ingin membuat pembukaan Akaun SSPN-i
Ekoran daripada tular gejala COVID 19 ini pelajar-pelajar diminta membuat langkah berjaga-jaga dalam memastikan urusan pendidikan berjalan dengan lancar.
Pihak kami mengambil langkah yang serius dengan virus yang berasal dari negara China tersebut yang kini telah semakin merebak dan membimbangkan kepada orang awam.
Kami mencadangkan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta supaya membuka akaun SSPN-i secara online bagi keselamatan dan kemudahan.
Kenapa perlu buka Akaun SSPN-i?
SSPN-i adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional -islamik yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Akaun ini menjadi syarat utama bagi pelajar yang ini membuat pinjaman di peringkat IPT.
Perlu tahu bahawa pinjaman PTPTN disediakan adalah bergantung kepada kelayakan tertentu. Kelayakan ini adalah ditentukan dengan jumlah pendapatan ibubapa/penjaga.
Pembukaan Akaun SSPN-i online
Bagaimana?
Bagi pembukaan akaun secara online boleh dibuat di sini