SSPN i Plus

Daftar SSPN Plus

Daftar SSPN-i Plus sekarang untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful disamping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda. Sehingga 31 Januari 2022, sebanyak 740,106 akaun Simpan SSPN i Plus telah dibuka. 
 

SSPN i Plus

SSPN i Plus Merupakan pelan simpanan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Matlamat utama untuk menggalakan budaya menabung dalam masyarakat.
 

Keistimewaan Simpan SSPN Plus

  1. Produk patuh syariah;

  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);

  3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);

  4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  6. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);

  7. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  8. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

  9. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);

  10. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

  11. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

  12. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

  13. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  14. Simpanan dijamin Kerajaan

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Terdapat enam pakej yang di tawarkan dengan pakej bulanan serendah RM 30 sebulan, Pakej SSPN Delima rm 50, Pakej SSPN Plus Topas RM 100, Pakej SSPN Plus Zamrud RM 200, Pakej SSPN Plus Nilam RM 300 dan Pakej SSPN Plus Berlian RM 500. Sumbangan takaful adalah berbeza mengikut Pakej Simpanan yang di pilih.
 

Pendeposit

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mencapai umur 18 tahun sehingga sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut had umur yang ditetapkan oleh syarikat pengendali takaful yang dipilih)
Had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut syarikat pengendali takaful adalah berikut :
Syarikat Pengendali TakafulHad Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun
HLMT
TIFB
Sehingga sebelum mencapai 65 tahun
GETBSehingga sebelum mencapai 69 tahun

Penerima Manfaat

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.

  3. Merupakan anak kandung/anak tiri/anak angkat.

CABUTAN WOW

Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 kembali lagi dengan tawaran pelbagai kategori cabutan dan hadiah. Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Pelepasan Cukai SSPN

Untuk maklumat pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi Simppanan SSPN Prime masih di lanjutkan sehingga tahun 2024. Klik Link untuk membuat penambahan deposit segera ; Penambahan Deposit SSPN Prime

DIVIDEN SIMPANAN 2022

PTPTN teleh membuat agihan dividen SSPN pada tahun 2020 sebanyak 3.05% kepada semua pendeposit SSPN Prime dan SSPN i serta SSPN i Plus.

Simpan SSPN Plus ada manfaat Takaful?
Ya betul. Baca penerangan lanjut pada gambar di bawah

× Chat Staf En Rasul