Kempen ‘Gong Xi Ang Pow’ diadakan bagi meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina yang akan dirasai bersama oleh masyarakat Malaysia yang majmuk. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada PTPTN kerana memilih SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan di musim perayaan. Tempoh promosi bermula 20 Januari 2020 sehingga 20 Februari 2020.

HadiahBilangan Hadiah
Pertama : Ang Pow bernilai RM8,8881
Kedua : Ang Pow bernilai RM3,8381
Ketiga : Ang Pow bernilai RM2,8281
Saguhati : Ang Pow bernilai RM86085
Jumlah Keseluruhan88

Untuk terma dan syarat, klik di sini

TERMA DAN SYARAT ‘KEMPEN GONG XI ANG POW’ KEMPEN

1. Kempen ‘Gong Xi Ang Pow’ diadakan bagi meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina yang akan dirasai bersama oleh masyarakat Malaysia yang majmuk. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada PTPTN kerana memilih SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan di musim perayaan.

2. Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai lumayan di sepanjang tempoh promosi dilaksanakan kepada semua yang layak dan memenuhi terma dan syarat. TEMPOH PROMOSI

3. Tempoh promosi bermula 20 Januari 2020 sehingga 20 Februari 2020.

4. PTPTN mempunyai hak mutlak menukar atau meminda tempoh promosi ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. KELAYAKAN UMUM

5. Terbuka kepada pendeposit SSPN;

6. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);

7. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan di SSPN-i atau SSPN-i Plus atau kedua-duanya di dalam tempoh promosi;

8. Simpanan yang layak untuk kempen ini adalah daripada semua saluran kecuali potongan gaji, auto debit, direct debit, sumbangan dan hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

9. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;

10. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga 31 Mac 2020.

HADIAH KEMPEN DAN TUNTUTAN HADIAH

11. Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:

12. Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian;

13. Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan. Sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun SSPN-i, pembukaan akaun akan dibuat berdasarkan kepada butiran akaun di SSPN-i Plus;

14. Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar atau dipindah milik sama ada sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh PTPTN;

15. PTPTN berhak secara mutlak untuk menukar atau menggantikan hadiah lain dengan nilai yang setara dengannya tanpa perlu memberi apa-apa notis pertukaran tersebut;

16. Pemenang hendaklah bertanggungjawab ke atas apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang, jika berkenaan;

17. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah, jika berkenaan;

18. Sekiranya pemenang meninggal dunia, waris yang sah boleh menuntut hadiah dalam tempoh DUA BELAS (12) bulan daripada tarikh cabutan;

19. Pemenang atau warisnya dianggap telah melepaskan hak mereka jika gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan;

20. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, pertanyaan, rayuan, bantahan atau apa-apa cubaan untuk mempertikaikan keputusan adalah tidak akan dilayan. Hadiah Bilangan Hadiah Pertama : Ang Pow bernilai RM8,888 1 Kedua : Ang Pow bernilai RM3,838 1 Ketiga : Ang Pow bernilai RM2,828 1 Saguhati : Ang Pow bernilai RM860 85 Jumlah Keseluruhan 88

PERUNTUKAN UMUM

21. Sebagai pendeposit yang mempunyai akaun aktif, pendeposit dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dan membenarkan butiran peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi untuk digunakan bagi tujuan promosi.

22. PTPTN berhak meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat di dalam Kempen ini sama ada secara keseluruhan atau sebahagian tanpa notis terlebih dahulu. Pindaan, pembatalan atau penambahan tersebut adalah dianggap mengatasi pernyataan seperti mana yang terkandung di dalam bahan promosi pengiklanan yang berkaitan dengannya.

23. PTPTN berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Kempen ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu dan / atau tanpa memberikan apa-apa sebab kepada mana-mana pendeposit. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh PTPTN tidak akan memberi hak kepada mana-mana pendeposit untuk apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap PTPTN ke atas apa-apa dan / atau keseluruhan kehilangan, kos, perbelanjaan atau kerosakan yang ditanggung atau dialami sebagai kesan langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.

24. PTPTN tidak bertanggungjawab ke atas penghantaran penyertaan yang lewat, hilang, tidak lengkap, tidak diserahkan, ditangguhkan, rosak atau salah arah sama ada disebabkan kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, penghapusan, kecurian, pemusnahan atau sebaliknya.

25. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

26. Penyertaan pendeposit dalam Kempen ini adalah atas risiko pendeposit sendiri. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut.

27. Segala terma dan syarat yang terdapat di dalam dokumen ini dan juga sebarang keputusan yang dibuat oleh PTPTN berhubung Kempen ini adalah muktamad dan konklusif. PTPTN tidak akan melayan sebarang rayuan atau pertikaian melibatkan keputusan yang telah dibuat. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 4

28. PTPTN boleh menggunakan penyertaan pendeposit termasuk tanpa terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan promosi (secara kolektif dinamakan “Bahan”), dan nama pendeposit, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan promosi mana- mana barangan atau perkhidmatan PTPTN, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Pendeposit hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh PTPTN.

29. Segala surat-menyurat yang dihantar ke alamat terakhir mengikut rekod PTPTN adalah dianggap telah diserahkan kepada pendeposit.

Maklumat dikemas kini pada 19 Januari 2020

✅Daftar & Penambahan Deposit SSPN-i

http://nak.la/bukasspni


✅Daftar SSPN-i Plus

http://nak.la/sspn

✅Penambahan Deposit SSPN-i Plus

http://nak.la/deposit


Anda Dijemput Ke Channel INFO SSPN bagi keterangan lanjut..Sila klik di bawah ini untuk join…Jumpa di sana

https://t.me/infosspn




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.