Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19

  1. PTPTN merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan – Menteri Pertahanan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada 19 Mac 2020 dan sidang media YAB Perdana Menteri pada 23 Mac 2020.

  2. Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN yang diberikan sebelum ini selama tiga (3) bulan adalah dilanjutkan kepada enam (6) bulan. Sehubungan itu, tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah berkuat kuasa mulai 19 Mac hingga 30 September 2020.

  3. Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka, melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM750 juta.

  4. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.

  5. PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

Untuk soalan lazim, sila rujuk FAQ di bawah ini;

FAQ

SOALAN LAZIM MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN AKIBAT PENULARAN COVID-19

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID-19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik pinjaman PTPTN dalam tempoh yang dinyatakan.

 

Semua peminjam akan diberikan penangguhan bayaran balik pinjaman.

Peminjam tidak perlu membuat permohonan. Penangguhan akan diberikan secara automatik.

Penangguhan bayaran balik akan berkuat kuasa serta merta mulai 19 Mac hingga 30 September 2020.

Peminjam diberikan penangguhan untuk membayar balik pinjaman dan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 berkuat kuasa.

Potongan gaji atau direct debit sedia ada juga ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam. Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ direct debit, permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Semakan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa.

Ya. Tempoh bayaran balik akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula pinjaman yang dibuat secara automatik kepada semua peminjam yang tidak mempunyai tunggakan sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19 diberikan.

Peminjam yang telah mempunyai tunggakan sebelum penangguhan ini dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Peminjam dikehendaki berunding dengan AKPK berhubung perkara ini.

Rekod CCRIS peminjam adalah sama seperti sebelum penangguhan dilaksanakan kerana tempoh penangguhan dianggap tempoh moratorium. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam masih meneruskan pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Penangguhan potongan gaji/ direct debit juga berkuat kuasa mulai tarikh yang sama. Walau bagaimana pun, akan ada peminjam yang telah dibuat potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik melibatkan semua Penjawat Awam (Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri/ Badan Berkanun) dan sebahagian kakitangan agensi Swasta. Peminjam perlu menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (Semakan Penyata Pinjaman). Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima

Potongan gaji/ direct debit akan dihentikan sepenuhnya pada bulan April hingga September 2020 kecuali bagi peminjam yang bersetuju meneruskan potongan dengan membuat permohonan di www.ptptn.gov.my/covid-19 selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2020.

Tidak perlu. Majikan hendaklah mengkreditkan terus amaun potongan kepada PTPTN. Peminjam perlu sentiasa menyemak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini (Semakan Penyata Pinjaman). Tiada pemulangan (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.

Tidak perlu. Semua potongan gaji dan direct debit akan diteruskan sepertimana sebelum penangguhan bayaran balik COVID-19.

Tidak. Peminjam hanya akan menerima notis makluman melalui emel yang didaftarkan dengan PTPTN. Peminjam yang ingin mengemaskini alamat emel, boleh berbuat demikian di Pengemaskinian Maklumat Peminjam.

 

Penstrukturan semula pinjaman tidak akan memberi kesan kepada rekod peminjam di CCRIS selagi mana peminjam tidak mempunyai tunggakan terdahulu.

Peminjam Konvensional dikehendaki membuat pertukaran Ujrah bagi membolehkan penstrukturan pinjaman dilakukan.

Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik sepertimana penangguhan sedia ada.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan melalui Portal Rasmi PTPTN

(e-Aduan) dan talian Careline 03-2193 3000 

Dikemaskini pada 25 Mac 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Chat Staf En Rasul